Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala BENDA HIDUP dan BUKAN HIDUP yang wujud secara SEMULA JADI di permukaan BUMI, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
1.Sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata,dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
2.Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga,sinaran elektrik, dan kemegnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Monday, May 10, 2010

Apakah itu Elektrik?





Elektrik adalah berasal daripada perkataan Latin "Electricus" yang bermaksud cahaya berkilau. Pada zaman sekarang elektrik adalah merupakan sumber tenaga yang terpenting sekali. Elektrik berfungsi untuk memberi tenaga untuk menghidup,mengaktif,menjalankan,menggunakan alat - alat dan mesin - mesin yang di gunakan oleh kita semua setiap hari.

Apakah itu Air?





Air bahan yang terhasil daripada gabungan 2 molekul Hidrogen dan 1 molekul Oksigen. Air adalah sangat penting kepada semua jenis hidupan yang terdapat di muka bumi Allah S.W.T. Air di dinamakan kerana ianya di dalam bentuk cecair,akan tetapi apabila ianya bertukar menjadi bentuk pepejal ianya di panggil ais dan gas apabila ianya di tersejat.
Di permukaan bumi ini, air meliputi hampir 71% permukaan bumi tetapi lebih kurang 1% daripada jumlah air tersebut adalah air yang boleh di minum. Selebihnya adalah air masin dan air yang telah tercemar.

Sunday, May 9, 2010

Artikel Mengenai Penjimatan Elektrik

Kempen Earth Hour

Earth Hour merupakan acara tahunan WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund). Acara ini mengkehendaki isi rumah dan juga premis perniagaan untuk memadam lampu selama satu jam. Ianya demi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menangani fenomema pemanasan global.
Acara ini bermula pada 31 March 2007. WWF Australia dan Sydney Morning Herald menjadi perintis dalam memulakan Earth Hour di Sydney, Australia. Seramai 2.2 juta warga Sydney serta 2,100 premis perniagaan menyertai program berkenaan. Kesannya, 10.2 % penggunaan tenaga berjaya dikurangkan di bandar tersebut. Dan kesan yg lebih besar, apa yg berlaku di Sydney itu berjaya menarik perhatian dunia utk turut serta mengambil bahagian dlm menangani pemanasan global.


Pada 2008, 35 bandar menjadi peneraju utama kepada program ini disamping sokongan dari 400 bandar yang lain. Earth Hour 2008 menyaksikan penyertaan dari tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda dunia. Empire State Building (New York), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), the Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London's City Hall (England), Space Needle (Seattle), dan CN Tower (Toronto, Canada) antara yang mengambil bahagian.

Melalui ‘online survey’ yang dijalankan oleh Zogby International, seramai 36 juta orang menyertai Earth Hour 2008 dan dianggarkan 50 juta orang di seluruh dunia turut terlibat. Survey berkenaan juga menunjukkan acara tersebut berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu alam sekitar sebanyak 4%.

Mengikut laporan WWF Thailand, bandaraya Bangkok berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatts yang bersamaan dengan 41.6 tan karbon dioksida. Bagaimanapun Bangkok Post memberi laporan berbeza iaitu pengurangan 165 megawatts dan 102 tan karbon dioksida.

Di Toronto, 900 megawatts atau 8.7% penggunaan elektrik berjaya dikurangkan. Di Ireland, penjimatan 1.5% penggunaan elektrik atau 150 mengawatts bersamaan dengan 6 tan karbon dioksida.

DI Dubai, lampu di beberapa tempat yang menjadi mercu tanda dipadam manakala lampu jalan di kawasan terpilih pula dimalapkan sebanyak 50%. Pihak berkuasa elektrik dan air Dubai merekodkan penjimatan elektrik sebanyak 100 megawatts atau 2.4 % penurunan.

Keputusan yang paling baik ialah di Christchurch, New Zealand. Bandar berkenaan merekodkan penurunan pengunaan elektrik sebanyak 13%. Di Melbourne pula penjimatan elektrik sebanyak 10.1% telah dicatatkan. Di Sydney, bandar yang memulakan Earth Hour, penjimatan sebanyak 8.4% telah direkodkan.

Rekod yang paling buruk datang dari Calgary, Canada di mana penggunaan tenaga direkodkan meningkat sebanyak 3.6%. Faktor cuaca yang sejuk dijadikan alasan.

Earth Hour turut mendapat publisiti percuma dari Google, engin carian di internet. Bermula dari 12 tgh mlm 29 Mac 2008. Laman Google di Amerika Syarikat, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK ditukar kepada latarbelakang hitam. Tagline yang digunakan ‘We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour.’
Untuk tahun 2009, Earth Hour akan berlansung pada 28 Mac. Ketika ini sebanyak 80 negara dan 750 bandar telah menyatakan komitmen. Ianya satu peningkatan ketara jika dibandingkan dengan tahun 2008 dimana cuma 35 negara yang terlibat.
Sumber: www.earthhour.org, www.wikipedia.org


KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK MENCAPAI SASARAN

Pada akhir bulan Jan 2004, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) sebagai pemantau implimentasi Kempen Penjimatan Fasa 1 telah mendapati kadar penjimatan telah melebihi sasaran sejak bulan Oktober 2003 iaitu penjimatan 13% daripada penggunaan elektrik sebelum kempen.

Matlamat kempen ini adalah untuk membangkit kesedaran kepada seluruh warga kampus untuk berjimat cermat, megurangkan bil UMS sekurang-kurangnya 10%, meningkatkan rasa “Sayang UMS” dan rasa kepunyaan seluruh warga kampus, menggalakkan penggunaan utiliti secara terancang dan terkawal oleh setiap jabatan di UMS, mengadakan ‘ Pertandingan Pengurusan Utiliti Terbaik UMS’ di antara semua Jabatan dan memastikan penggunaan utiliti di UMS tidak disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

Kempen yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor UMS, Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, pada 4 Jun 2003 lepas mendapati bahawa pada akhir Jan 2004, iaitu selepas 7 bulan pertama kempen ini berjalan, prestasi penjimatan adalah kekal kepada purata bulanan 10 Peratus atau RM 67,276.

Analisis yang dibuat menunjukkan bahawa pada bulan Jun 2003, jumlah penggunaan adalah RM 672, 764.00 dan sebulan selepas itu penurunan kecil berlaku di mana hanya 0.6% atau RM4, 113.00 sahaja. Penurunan berlaku perlahan-lahan dan sehinggalah pada bulan Oktober 2003 berlaku penurunan sebanyak 13% iaitu telah mencapai sasaran kempen ini.

Jika dilihat secara kasar, perbezaan penggunaan elektrik sebelum dan selepas kempen ini dilancarkan adalah bertambah tinggi kerana pertambahan bangunan Universiti Fasa 2A. Walau bagaimanapun jika diteliti secara terperinci penggunaan elektrik setiap bangunan adalah 70 % disebabkan oleh sistem penghawa dingin. Oleh itu, faktor utama yang membantu dalam penjimatan ini adalah penjadualan kuliah yang optimum di mana mengurangkan jumlah jam operasi sistem penghawa dingin. Pemantauan terhadap penggunaan Sistem ini akan memberi kesan penjimatan yang ketara.

Melalui kempen ini, dilihat bahawa pengguna semakin peka kepada bentuk-bentuk pembaziran yang berlaku di sekitar bangunan masing-masing seperti lampu iaitu ada yang akan mematikan lampu pejabat pada waktu rehat jam 1.00 hingga jam 2.00 petang.

Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengguna semakin mendalam dan diharapkan sikap ini akan terus ditingkatkan. Oleh itu, warga UMS disarankan agar terus menyokong dan memantau penggunaan utiliti universiti supaya kejayaan kempen ini akan dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang maksimum.

Artikel Mengenai Penjimatan Air

Jimatlah Air Sebab Bekalannya Semakin Berkurangan
Oleh Azman Ujang

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Semalam kerajaan melancarkan satu kempen yang boleh dianggap paling penting buat sekian lamanya -- menyeru orang ramai berjimat menggunakan air.

Kempen Jimat Air Kebangsaan yang akan berlangsung selama dua tahun bertujuan mengurangkan penggunaan air domestik sebanyak 10 peratus, di sebuah negara yang disifatkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, sebagai mempunyai penduduk yang menggunakan air "ibarat esok sudah mahu kiamat".

Memang diakui terdapat pembaziran yang amat ketara di negara ini -- daripada penggunaan alat penyembur berkuasa tinggi di tempat mencuci kereta awam, ke menyiram pokok oleh pihak berkuasa tempatan, sehinggalah kepada penggunaan berlebihan bagi tujuan hanya untuk membasuh tangan.

Di Malaysia, kadar penggunaan air bagi seseorang ialah sekitar 300 liter sehari, dan di kawasan bandar ianya 500 liter, sedangkan jumlah yang disyorkan hanya 50 liter -- lima liter untuk minum dan memasak serta 25 liter untuk tujuan kebersihan diri.

Punca utama kenapa pengguna domestik begitu boros ketika menggunakan air ialah selama ini ianya begitu murah.

Lazimnya satu keluarga di bandar utama membelanjakan sekitar RM30 sebulan untuk bil air -- dan di luar bandar ianya lebih rendah lagi kerana tidak ada pembekal perkhidmatan swasta -- jauh lebih rendah daripada anggaran belanja seorang individu untuk menambah nilai telefon bimbit prabayarnya.

"Saya tahu mereka belanja lebih banyak untuk telefon bimbit tetapi jika kita cuba naikkan tarif air hanya 10 sen, anda semua dalam media akan bising...dan tentu sekali persatuan-persatuan pengguna," kata Dr Lim pada satu sidang akhbar selepas melancarkan kempen itu, sambil menunjuk kepada Presiden Fomca Marimuthu Nadason, yang duduk bersebelahan beliau.

Bagi seorang ahli politik berpengalaman yang terkenal kerana sikap tidak suka berdolak-dalik, Dr Lim menggunakan istilah ringan "defisit air" dan bukannya "krisis air" untuk menggambarkan keadaan yang akan dihadapi sekiranya usaha berjimat ini gagal selepas berkempen selama dua tahun, memandangkan terdapat permintaan yang semakin meningkat khusus di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mungkin terlalu awal bagi Dr Lim untuk merasa tekanannya.

Tetapi pada masa yang sama, beliau mengingatkan bahawa jika "tempoh percubaan" untuk menguji kesanggupan pengguna ini gagal, kerajaan terpaksa mengenakan bayaran lebih tinggi untuk air, dengan mengambil kira bahawa sumbernya semakin berkurangan dan kos rawatan dan pembekalannya pula kian meningkat.

Selain berjimat, kempen yang dianjurkan bersama dengan Fomca ini melibatkan penyelidikan berhubung penggunaan air di rumah dan untuk bertindak terhadap kegiatan pembaziran.

Selain pembaziran, Malaysia juga berdepan dengan masalah kerugian sehingga 38 peratus daripada air yang tidak mendatangkan hasil akibat paip bocor.

Bagaimanapun, masalah ini sedang diatasi menerusi peruntukan RM1.4 bilion yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menggantikan paip usang di semua negeri.

Kerajaan boleh memulakan kempen itu di bilik mandi kerana di situlah dua pertiga daripada air digunakan di sesebuah rumah.

Antara empat dan enam gelen air digunakan setiap kali tandas dipam. Jika saiz pam tandas ini dapat dikecilkan, seperti yang dilakukan di banyak negara termasuk Singapura amat menghargai air, penggunaan air dapat dikurangkan dengan banyaknya.

Adakah kerajaan akan memberi subsidi untuk air seperti yang diberikan untuk petrol dan barang keperluan yang lain?

"Tidak, kita tidak akan memberi subsidi air tetapi yang boleh saya katakan ialah pembekal perkhidmatan ini bukannya membuat untung," kata Dr Lim.

Langkah berjimat ini merupakan satu pendekatan secara halus untuk memberitahu orang ramai bahawa kos air tidak akan berterusan menjadi murah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan tempoh dari 2005 hingga 2015 sebagai Dekad Tindakan Antarabangsa dengan bertemakan "Water For Life".

Menurut PBB, dunia sedang menghadapi masalah mendapatkan sumber air, dan menjelang tahun 2025, dua daripada tiga orang tidak akan menikmati bekalan air bersih.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Dr Halim Man berkata rakyat Malaysia terlalu cuai dan boros ketika menggunakan air.

"Setiap titik air yang dibazirkan amat tidak ternilai harganya," katanya.

Namun, mesej paling bermakna pada majlis pelancaran kempen itu semalam, datang daripada Dr Lim sendiri.

Katanya : "Air adalah anugerah Tuhan. Kalau kita tak jimat air, kita tak masuk syurga."

-- BERNAMA




JIMAT AIR SEMASA CUACA PANAS

Sejak kebelakangan ini, paras air di empangan-empangan utama telah dilaporkan merosot akibat daripada cuaca panas. Walaupun masih dalam keadaan terkawal, namun langkah penjimatan perlu dipertingkatkan oleh pengguna domestik dan industri. Demikian menurut Jurutera Eksekutif, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), Cik Syarina Mohd Yusof.

Pengguna bukan sahaja perlu berjimat tetapi perlu menitikberatkan tentang kecekapan dalam penjimatan air. Ini bermaksud pengguna perlu bijak menggunakan atau mengitar semula air.

Beliau selanjutnya berkata, apabila berlakunya cuaca panas, penuaian air hujan juga tidak dapat dilakukan. Oleh itu pengguna perlu melakukan penjimatan dengan menggunakan semula air.

Umpamanya di rumah, air basuhan sayur-sayuran boleh digunakan semula untuk menyiram pokok bunga. Begitu juga air daripada mesin basuh boleh diguna semula untuk mencuci lantai.

Semua aktiviti ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air terawat. Air jenis ini dikenali sebagai air kelabu dan tidak boleh digunakan untuk tujuan memasak, minuman dan kebersihan diri.

Beliau menasihati pengguna industri supaya pengitaran semula air sisa daripada proses pengilangan mereka. Sektor pembuatan biasanya menggunakan air semasa proses penyejukan dan pemprosesan produk. Selain dapat mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat, langkah mengitar semula air sisa dapat mengurangkan jumlah air sisa dan sekali gus meminimumkan kadar pencemaran terhadap sumber air mentah.

25 Februari 2010

Kepentingan Elektrik

1.Sumber Tenaga bagi Lampu - lampu.
2.Sumber Tenaga bagi mesin - mesin seperti komputer,printer,mesin basuh dan sebagainya.
3.Untuk telekomunikasi atau perhubungan.

Kepentingan Air

1.Minuman
2.Memasak.
3.Mencuci pakaian,barang - barang dapur,kenderaan dan sebagainya.
4.Mandi atau bersuci.
5.Menyiram pokok bunga.
6.Industri minuman.
7.Menjanakan tenaga hidro-elektrik.
8.Menyejukkan enjin kenderaan atau generator.

Kesan Pembaziran Elektrik

Penggunaan Elektrik secara membazir adalah perbuatan yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.Ini kerana elektrik merupakan salah satu tenaga yang sangat penting dan digunakan secara meluas di seluruh negara.Walaupun kadar penggunaan tenaga kita tidak sebanyak penggunaan tenaga di negara - negara lain, sebagai manusia dan pengguna kita haruslah menyemai sikap menjimatkan penggunaan elektrik.

Terdapat beberapa kesan sekiranya tenaga elektrik terus di bazirkan dengan rakus,antaranya:
1.Pembaziran wang untuk membayar bil elektrik.
2.Meningkatkan kadar pemanasan gobal.
3.Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar.
4.Menjejaskan tahap keseimbangan (equilibrium) alam sekitar.
5.Menjadi ikutan anak - anak.
6.Memendekkan lagi jangka hayat peralatan dan sambungan - sambungan elektrik di rumah atau pejabat.

Kesan Pembaziran Air

Penggunaan air yang tidak di rancang dan membazir adalah satu perbuatan dan sikap yang tidak bertangungjawab. Ini kerana air adalah sangat penting dan sangat terhad sumbernya. Cuma kurang daripada 1% sahaja air bersih yang terdapat di muka bumi ini.

Pembaziran air secara berterusan akan menyebabkan:
1.Pembaziran wang,membayar bil air yang banyak.
2.Menyebabkan jumlah air di dalam kawasan tadahan di loji - loji air berkurang dengan cepat terutama sekali di musim Kemarau.
3.Mengurangkan tekanan air yang hendak di salurkan ke rumah - rumah.
4.Paip bocor yang tidak di baiki akan menyebabkan pembaziran dan jika kebocoran itu berlaku di jalan raya, ianya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
5.Menyebabkan hakisan tanah (paip bocor) di kaki - kaki bukit.
6.Mempercepatkan lagi kadar pengurangan air bersih dunia.
7.Menjadi ikutan anak - anak yang suatu hari nanti akan menjadi pewaris dunia.

Tips Penjimatan Penggunaan Elektrik SEHARIAN

1. Bersihkan penapis penghawa dingin sekerap yang mungkin bagi memudahkan aliran udara
supaya tenaga elektrik yang digunakan dapat dikurangkan.


2.kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.


3.Tutup lampu pada waktu siang.


4.Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.


5.Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.


6.Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.


7.Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.


8.Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.


9.Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.


10.Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.


11.Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.


12.Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.


13.Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.


14.Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.


15.30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

16.Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.


17.Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.


18.Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).


19.Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.


20.Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.


21.Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.


22.Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.


23.Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.


24.Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.


25.Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.


26.Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.


27.Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.


28.Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.


29.Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.


30.Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.


31.Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.


32.Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.


33.Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

Tips Penjimatan Penggunaan AIr SEHARIAN

  • TANDAS
    1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
    2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
    3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
  • BILIK MANDI
    4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
    5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
    6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  • SINKI
    7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
    8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
  • TAMAN
    9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
    10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
    11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
    12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
    13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
    14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
    15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
    16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
    17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
  • DAPUR
    18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
    19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
    20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
    21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
    22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
  • GARAJ
    23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
    24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
  • CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
    25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
    26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
    27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
    28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
    29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
    30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.