Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala BENDA HIDUP dan BUKAN HIDUP yang wujud secara SEMULA JADI di permukaan BUMI, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
1.Sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata,dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
2.Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga,sinaran elektrik, dan kemegnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Sunday, May 9, 2010

Artikel Mengenai Penjimatan Elektrik

Kempen Earth Hour

Earth Hour merupakan acara tahunan WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund). Acara ini mengkehendaki isi rumah dan juga premis perniagaan untuk memadam lampu selama satu jam. Ianya demi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menangani fenomema pemanasan global.
Acara ini bermula pada 31 March 2007. WWF Australia dan Sydney Morning Herald menjadi perintis dalam memulakan Earth Hour di Sydney, Australia. Seramai 2.2 juta warga Sydney serta 2,100 premis perniagaan menyertai program berkenaan. Kesannya, 10.2 % penggunaan tenaga berjaya dikurangkan di bandar tersebut. Dan kesan yg lebih besar, apa yg berlaku di Sydney itu berjaya menarik perhatian dunia utk turut serta mengambil bahagian dlm menangani pemanasan global.


Pada 2008, 35 bandar menjadi peneraju utama kepada program ini disamping sokongan dari 400 bandar yang lain. Earth Hour 2008 menyaksikan penyertaan dari tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda dunia. Empire State Building (New York), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), the Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London's City Hall (England), Space Needle (Seattle), dan CN Tower (Toronto, Canada) antara yang mengambil bahagian.

Melalui ‘online survey’ yang dijalankan oleh Zogby International, seramai 36 juta orang menyertai Earth Hour 2008 dan dianggarkan 50 juta orang di seluruh dunia turut terlibat. Survey berkenaan juga menunjukkan acara tersebut berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu alam sekitar sebanyak 4%.

Mengikut laporan WWF Thailand, bandaraya Bangkok berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatts yang bersamaan dengan 41.6 tan karbon dioksida. Bagaimanapun Bangkok Post memberi laporan berbeza iaitu pengurangan 165 megawatts dan 102 tan karbon dioksida.

Di Toronto, 900 megawatts atau 8.7% penggunaan elektrik berjaya dikurangkan. Di Ireland, penjimatan 1.5% penggunaan elektrik atau 150 mengawatts bersamaan dengan 6 tan karbon dioksida.

DI Dubai, lampu di beberapa tempat yang menjadi mercu tanda dipadam manakala lampu jalan di kawasan terpilih pula dimalapkan sebanyak 50%. Pihak berkuasa elektrik dan air Dubai merekodkan penjimatan elektrik sebanyak 100 megawatts atau 2.4 % penurunan.

Keputusan yang paling baik ialah di Christchurch, New Zealand. Bandar berkenaan merekodkan penurunan pengunaan elektrik sebanyak 13%. Di Melbourne pula penjimatan elektrik sebanyak 10.1% telah dicatatkan. Di Sydney, bandar yang memulakan Earth Hour, penjimatan sebanyak 8.4% telah direkodkan.

Rekod yang paling buruk datang dari Calgary, Canada di mana penggunaan tenaga direkodkan meningkat sebanyak 3.6%. Faktor cuaca yang sejuk dijadikan alasan.

Earth Hour turut mendapat publisiti percuma dari Google, engin carian di internet. Bermula dari 12 tgh mlm 29 Mac 2008. Laman Google di Amerika Syarikat, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK ditukar kepada latarbelakang hitam. Tagline yang digunakan ‘We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour.’
Untuk tahun 2009, Earth Hour akan berlansung pada 28 Mac. Ketika ini sebanyak 80 negara dan 750 bandar telah menyatakan komitmen. Ianya satu peningkatan ketara jika dibandingkan dengan tahun 2008 dimana cuma 35 negara yang terlibat.
Sumber: www.earthhour.org, www.wikipedia.org


KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK MENCAPAI SASARAN

Pada akhir bulan Jan 2004, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) sebagai pemantau implimentasi Kempen Penjimatan Fasa 1 telah mendapati kadar penjimatan telah melebihi sasaran sejak bulan Oktober 2003 iaitu penjimatan 13% daripada penggunaan elektrik sebelum kempen.

Matlamat kempen ini adalah untuk membangkit kesedaran kepada seluruh warga kampus untuk berjimat cermat, megurangkan bil UMS sekurang-kurangnya 10%, meningkatkan rasa “Sayang UMS” dan rasa kepunyaan seluruh warga kampus, menggalakkan penggunaan utiliti secara terancang dan terkawal oleh setiap jabatan di UMS, mengadakan ‘ Pertandingan Pengurusan Utiliti Terbaik UMS’ di antara semua Jabatan dan memastikan penggunaan utiliti di UMS tidak disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

Kempen yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor UMS, Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, pada 4 Jun 2003 lepas mendapati bahawa pada akhir Jan 2004, iaitu selepas 7 bulan pertama kempen ini berjalan, prestasi penjimatan adalah kekal kepada purata bulanan 10 Peratus atau RM 67,276.

Analisis yang dibuat menunjukkan bahawa pada bulan Jun 2003, jumlah penggunaan adalah RM 672, 764.00 dan sebulan selepas itu penurunan kecil berlaku di mana hanya 0.6% atau RM4, 113.00 sahaja. Penurunan berlaku perlahan-lahan dan sehinggalah pada bulan Oktober 2003 berlaku penurunan sebanyak 13% iaitu telah mencapai sasaran kempen ini.

Jika dilihat secara kasar, perbezaan penggunaan elektrik sebelum dan selepas kempen ini dilancarkan adalah bertambah tinggi kerana pertambahan bangunan Universiti Fasa 2A. Walau bagaimanapun jika diteliti secara terperinci penggunaan elektrik setiap bangunan adalah 70 % disebabkan oleh sistem penghawa dingin. Oleh itu, faktor utama yang membantu dalam penjimatan ini adalah penjadualan kuliah yang optimum di mana mengurangkan jumlah jam operasi sistem penghawa dingin. Pemantauan terhadap penggunaan Sistem ini akan memberi kesan penjimatan yang ketara.

Melalui kempen ini, dilihat bahawa pengguna semakin peka kepada bentuk-bentuk pembaziran yang berlaku di sekitar bangunan masing-masing seperti lampu iaitu ada yang akan mematikan lampu pejabat pada waktu rehat jam 1.00 hingga jam 2.00 petang.

Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran pengguna semakin mendalam dan diharapkan sikap ini akan terus ditingkatkan. Oleh itu, warga UMS disarankan agar terus menyokong dan memantau penggunaan utiliti universiti supaya kejayaan kempen ini akan dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang maksimum.

No comments:

Post a Comment